Alhamdulillah, Allah beri aku sakit ini.
Allah sayang aku, Alhamdulillah.
Saturday, February 25, 2012
Saturday, February 11, 2012
sabar
SABAR.
Perkataan ini terlalu mudah diungkap seperti mana perkataan i love you yang sering kali diungkap pasangan hangat bercinta. Tapi tahukah anda melakukan perbuatan untuk perkataan sabar ini tidak semudah perkataan i love you itu?
Ya, mencintai terlalu mudah. Bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja kita boleh melayarkan cinta itu. Namun perbuatan sabar ini tidak semudah menyebutkannya. Adakalanya sabar yang mulanya diniatkan dengan tujuan yang baik pada pengakhirannya boleh menjadi satu bom masa yang bila-bila masa boleh meledak dengan hebat.
Disini aku belajar erti sabar. Kerenah anak-anak didik, mengajar aku bagaimana menjadi orang yang sabar. Disini aku sedar tinggi rendahnya langit, hitam putihnya dunia. Masa yang berlalu menunjukkan warna-warna asal manusia. Dan mungkin juga, warna itu terpalit sedikit pada kain putih yang aku tebarkan. Aku sentiasa berharap warna itu adalah warna yang membawa kepada kebaikan. Namun, tidak akan ada putih jika tiada hitam.
Sabar itu separuh daripada IMAN. Namun bagaimana jika ia ditindih dengan hipokrit. Adakah ia salah? Berpura-pura untuk menjaga hati insan yang menguji kesabaran. Sanggup melempar senyum, tawa bersama demi menjaga hubungan antara insan. Sebenarnya jika dosa pahala itu tidak wujud ingin saja melempar cemuh ke wajah sang pemilik hati itu.
Sabar, sabar, sabar. Sebab aku tahu, masa akan berlalu dengan pantas memamah sakit itu seperti sang anai-anai mengerjakan kayu kukuh menjadi lemah, rapuh dan akhirnya hancur serta lenyap. Aku mahu begitu, aku mahu sakit-sakit itu hilang seperti habuk-habuk kayu yang ditiup sang bayu.
Kerana apa yang lebih berharga bukanlah hati yang disakiti ini, tetapi hubungan yang sudah terjalin sejak kesekian lamanya. Aku sungguh menghargai itu. Dan sentiasa berharap, mereka-mereka juga begitu. InsyaAllah.
Saturday, February 4, 2012
Praktikum Fasa 3
Assalammualaikum & Salam Rindu :)
Lamanya tidak update blog. Fuhh..fuhhh..(tiup habuk)
Seronoknya praktikum di Sk Kg Biah! ^^,
Lamanya tidak update blog. Fuhh..fuhhh..(tiup habuk)
Seronoknya praktikum di Sk Kg Biah! ^^,
Saturday, January 21, 2012
Matang
telan kepahitan, mengganti tawa dengan senyuman, sabar menahan amarah, lebih setia.
......................................................bagi aku ini antara sifat-sifat yang mematangkan. Namun kesemua sifat ini terlalu sukar untuk dipraktikkan. Selalu saja terburai tawa saat kegembiraan. Rasa malu bila teringat kenangan lalu ketika sabar berada pada tahap yang minimum. :(
......................................................bagi aku ini antara sifat-sifat yang mematangkan. Namun kesemua sifat ini terlalu sukar untuk dipraktikkan. Selalu saja terburai tawa saat kegembiraan. Rasa malu bila teringat kenangan lalu ketika sabar berada pada tahap yang minimum. :(
Wednesday, January 18, 2012
TRANSFORMASI
Semoga dipermudahkan olehNYA. Amin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)